Saturday 9 June 2012

Don't Be Sad my dear :]

Me is happy. Oh,wish you can see my sweet smile right now. Ihiks *cough* *cough*

I went to Jalan TAR yesterday without I planned.
and and I bought this book
*korang nak tengok gambar buku ni ke?tak payahla awak ye,saya takut riak.ceh

Jeng jeng jeng.I am now reading the book.book.entitled Don't Be Sad

Mari saya sentuh part yang saya rasa paling 'cool' buat masa ni  (apparently semuanya cool and mampu menjana pemikiran yang menghindar kebatilan.)ecehceh :p

ni antara yg saya dah baca.:]

Bismillah....

'Yang Lalu,Biarlah Berlalu'

Mengingati masa lalu sama ertinya dengan membunuh semangat,membunuh
harapan dan menghalang orang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yg berfikir,peristiwa masa lalu tidak akan dilihat kembali.
Kita harus mengurung dan melupakannya.Kerana bagaimanapun,
pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu(dan skrg
semuanya telah berakhir..)



'Hari Ini Milik Anda'
 
Apabila anda berada di pagi hari,janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu,anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yg 
telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. 
Tidak juga dengan hari esok yg belum tentu datang.


Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda,membuat anda mampu memandang alam sekitar.Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! 
Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga

 Aku menganggap aku hanya akan hidup pada hari ini, maka aku akan mengucapkan:

"Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu.
Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedikitpun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua
 pergi dan tidak akan kembali lagi."

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah
 bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. 
Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari,
 mungkin tidak ada sesuatu, esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan
tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."

"Hari Ini Milik Anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan", kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.

noktah.

IM




No comments:

Post a Comment