Sunday 21 April 2013

Saya ada satu akal :) siapa yg kaum hawa tu? sila angkat tgn hehhehehe ok dah, boleh turunkan tgn.


Masa berlalu pantas.
Ruang ruang masa terisi
dengan kerakusan manusia mengejar mata wang
dan menghilangkan dahaga keseronokan
yang sementara

Aku adalah aku
Aku yang punya pilihan
Aku yang punya iman
Mungkin imanku nipis
senipis....( pikirlah sendiri hehehehe )...
Namun imanku masih tegar di dada
kerana akalku menyedarkan aku hidup ni ada tujuan.
Sedangkan setiap nafas yang ada pada diri kita ,
punya tujuan.

Inikan pula kehidupan
yg penuh onak dan ranjau
Di setiap selingan nafas itulah,
aku mungkin menghampiri dosa,zina dan perkara hina
Nafsuku melangkaui akalku
Keinginan melakukan perkara jahil cuba menguasai aku.

Bukankah aku sudah cukup hina?

Mengapa mesti aku terus melakukan zina yang hina?
Cintaku hanya pada Tuhan.
ALLAH yg Maha Besar.
Bukan manusia,harta benda mahupun pangkat
yang menjadi sandaran.


Ingin aku ikuti Penciptaku,
dan hanyut
dalam kesejahteraan


Amin ,
Indah bt Musa

No comments:

Post a Comment